Trend Rekaan Dapur Terkini


Setiap orang mempunyai citarasa berbeza dalam memilih aliran atau trend untuk rekaan dapur. Memandangkan ruang dapur adalah salah sebuah ruang yang penting di dalam kediaman anda, cuba jadikan ruang tersebut nampak selesa dan menarik dengan sebaik mungkin.


Aliran atau trend yang dipilih mestilah bangkit dengan stail atau gaya tersendiri, tersusun dan berfungsi dengan baik dan pastikan dapur itu masih kelihatan baik dan mampu bertahan untuk tahun-tahun akan datang. Jika anda mahu tahu trend rekaan dapur yang terkini, di sini saya senaraikan beberapa tips yang anda boleh ikuti.

Tona warna Neutral

Rekaan dapur terkini terarah kepada tona warna neutral seperti kelabu, kuning air (beige) atau putih gading (off-white). Tona neutral ini dipilih kerana warna-warnanya yang senang dipadankan dengan apa-apa tekstur atau warna sekali pun dalam dapur.



Mozek

Kemasan mozek dalam kepingan kecil gelas atau kaca (glass mosaics) sering digunakan untuk pengubahsuaian dapur. Mozek selalu digunakan untuk bahagian dinding di antara bahagian kabinet dapur bawah dan atas. Permukaannya yang berkilat membantu memantulkan cahaya dan menjadikan dinding dapur penuh bergaya.



Cat Semburan (Spray Paint)

Cat Semburan atau Spray Paint adalah pilihan terkini untuk kemasan pintu kabinet dapur. Ramai yang memilih kabinet dapur spray paint kerana spray paint senang diselenggara selain mempunyai banyak pilihan warna untuk dapur pasang siap.



Lampu LED

Penggunaan lampu LED merupakan trend terkini dalam rekaan dapur. Hal ini disebabkan LED adalah lampu yang mesra alam dan sesuai untuk mereka yang begitu serius dalam memelihara alam sekitar.



Kemasan Kayu

Kemasan kayu yang bertona gelap atau cerah merupakan trend terkini bagi rekaan dapur. Kemasan kayu dari material laminate atau membrane-press (MP) mempamerkan dapur  gaya kontemporari atau klasik.



Aksesori dapur 

Rekaan dapur dengan trend terkini lebih ekslusif dengan pelbagai aksesori dapur seperti laci atau bakul yang boleh ditarik keluar (pull-out drawers and baskets). Aksesori dapur sebegini menjadikan dapur mempunyai tempat letak yang lebih teratur dan berfungsi dengan baik.



Solid Surface

Ramai pemilik rumah yang memilih solid surface untuk permukaan atas dapur mereka. Harga solid surface yang lebih murah berbanding batu granit dan quartz bukan saja menjadikannya sebagai pilihan utama malah penjagaannya juga lebih mudah berbanding material lain.




Alat Kelengkapan Elektrik

Trend rekaan terkini dapur tidak akan lengkap tanpa alat kelengkapan elektrik moden yang digunakan di dalam dapur. Pilihlah peralatan elektrik dapur seperti ketuhar dan ketuhar gelombang mikro yang sesuai dengan rekaan dapur anda supaya dapur nampak kemas dan teratur.



Jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai rekaan dapur, susun letak dapur, aksesori dan material dapur, sila email ke alamat email saya: 

airaniez62@gmail.com 

Insya-Allah, jika saya dapat membantu, saya akan balas email anda dan akan kongsikan dengan semua pembaca di blog Ilusi-HafiEzd ini. Terima kasih.

Sumber: 
Majalah Squarerooms (Ogos 2012)

Comments

Popular Posts