Sisi Jendela


Sisi jendela atau bahagian tepi tingkap adalah bahagian utama yang sering mendapat pancaran sinaran matahari cantik dari luar rumah kita. Walau bagaimanapun, bahagian sisi jendela ini jarang kita aplikasikan sebagai salah satu titik tumpu atau focal point yang juga boleh menjadi tarikan utama untuk tatapan mata penghuni dan tetamu di rumah.


Di sini saya akan kongsikan beberapa contoh gambar yang memaparkan pelbagai cara unik untuk menghias sisi jendela atau tepi tingkap rumah anda.


Selain meletakkan langsir atau bidai di tingkap rumah, anda juga boleh menghimpunkan dekorasi-dekorasi menarik di tepi bahagian tersebut. Anda boleh letakkan dekorasi dengan warna-warna yang terang dan menarik supaya bahagian sisi jendela anda nampak moden dan menarik. 



Selain itu, jika anda adalah penggemar tumbuh-tumbuhan semulajadi, apa kata anda himpunkan tumbuh-tumbuhan hijau dengan warna hijau segar di tepi tingkap rumah anda. Pastikan tumbuh-tumbuhan tersebut mudah dijaga dan tidak terlalu tinggi sehingga menjejaskan pemandangan anda.



Jika anda mempunyai bajet lebih dan mempunyai ruang yang luas, anda juga boleh tambahkan kerusi di tepi jendela rumah anda.  Terdapat banyak rekaan menarik kerusi di tepi jendela yang anda boleh letakkan di tepi jendela rumah anda. Tambahkan kusyen yang berwarna-warni sebagai tarikan utama untuk anda selalu *melepak* di situ.



Nak tengok gambar lebih banyak? Sila klik sini atau lawatilah Facebook Ilusi-Hafiezd.

Comments

Popular Posts