Tips Dekorasi Bilik Anak Perempuan

 Tips Dekorasi Bilik Anak Perempuan

Bilik tidur anak perempuan adalah ruang dimana kanak-kanak membentuk karektor mereka semasa mereka membesar.

Bilik kanak-kanak perlu dihias dengan perabot yang fleksibelwarna tema yang mereka suka dan mempunyai barangan dekorasi yang menampilkan personaliti mereka.


1. Gabungan pelbagai warna


Kanak-kanak sangat suka bermain dengan warna. Maka tidak salah jika ada gabungan warna tema dalam ruang contohnya seperti merah jambu dan ungu. Gabungan warna ini boleh diaplikasikan di bahagian perabot atau barangan dekorasi.



2. Warna pastel




Warna pastel juga sesuai dijadikan warna tema bilik tidur anak perempuan. Warnanya yang lembut memberikan ketenangan kepada ruang bilik. Warna pastel juga boleh digabungkan dengan aksesori yang berkilat atau glitter, terus menjadikan ruang nampak meriah dan 'glamour'.



3. Katil dengan bentuk menarik



Terdapat pelbagai reka bentuk katil di pasaran. Pilih reka bentuk katil yang unik dan menarik supaya menjadi tarikan utama dalam ruang. Katil yang cantik dan tilam yang empuk juga boleh membuatkan tidur anak lebih lena. 



4. Lampu hiasan


Ubahsuai rupa bilik anak perempuan dengan pelbagai bentuk lampu hiasanLampu hiasan dalam bentuk tali atau 'string lights' boleh menambahkan keceriaan ke dalam bilik tidur kerana cahayanya yang kecil dan unik. Lampu tidur dengan bentuk unik pula boleh menjadi sebahagian elemen dekorasi bilik tidur. 


5. Hiasan dinding


Salah satu cara untuk mempamerkan personaliti anak perempuan adalah dengan menggunakan hiasan dinding seperti bingkai gambarkata-kata semangat atau poster kegemaran mereka. Pilih salah satu dinding yang mudah dilihat sebagai dinding tumpu dan hiaskan dinding mengikut kreativiti anak itu sendiri. 


Berminat untuk mendapatkan khidmat dekorasi atau rekabentuk dalaman daripada Ilusi Hafiezd Design?


Hubungi Ilusi Hafiezd Design melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Hiasan dalaman:

ilusihafiezd@gmail.com

Follow INSTAGRAM kami:


LIKES 

Facebook Ilusi HafiEzd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!


#IlusiHafiezdDesign
#InteriorDesigner
#PerekaDalaman
#HiasanDalaman
#RekaanDalaman
#RekaBentukDalaman
#IDMalaysia
#InteriorDesignerMalaysia
#MalaysianDesigner
#InteriorDesign
#InteriorDecor
#Decorator
#Dekorasi
#Deko
#DekoRumah


Comments

Popular Posts