Kertas Dinding / Wallpaper Design Portfolio



Baru-baru ini kami bertemu dengan supplier Wallpaper dan Vinyl Flooring kami di Ampang. Sambil ambil sample material kami sempat berbual tentang bisnes masing-masing. Paling best supplier kata lepas ni dah takde dah charge GST untuk wallpaper yang kami order. Alhamdulillah.






Sedar tak sedar dah 4 tahun lebih kami guna wallpaper daripada mereka. Walaupun pilihan corak tak banyak, tapi kami sangat berpuas hati dengan servis yang mereka bagi dimana setiap kali kami order, masa untuk installation selalu tak perlu tunggu lama. Selain workmanship installation yang tip top, harga yang mereka jual kepada kami juga sangat murah dan berbaloi. Bukan senang nak dapat Vinyl Wallpaper campur installation RM300 ke bawah ok.





Kami pernah try wallpaper brand lain. Tapi sayangnya servis tak bagus dan kualiti wallpaper agak nipis berbanding wallpaper supplier yang ada sekarang. Plus supplier ni tak jual kepada end user, jadi bila tunjuk kepada client selalunya mereka jarang pernah nampak corak yang ada.





Wallpaper buatan Eropah atau yang diimport dari Belgium ni kualitinya jauh berbeza berbanding buatan Korea. Lepas tu nak pasang kena pakai gam khas supaya tak effect dinding. Minta maaf, kami seriau bila dengar orang pakai wallpaper Kaison dan lekat sendiri. Lagi-lagi bila tampal di rumah sewa. Tak sayang dinding atau takut dinding rosak ke?







Bila berbual dengan supplier Wallpaper ni sedikit sebanyak kami banyak belajar tentang kualiti wallpaper, cara pemasangan, cara kerja termasuk cara bisnes mereka. Bila kita berbisnes dengan TRUST atau kepercayaan, kita akan dapat rakan bisnes yang mudah untuk bekerjasama dan kita tak perlu risau kalau ada masalah di site, etc.





Boleh tengok design portfolio wallpaper yang kami dah pasang di rumah client. Dah tak terkira berapa banyak pasang. Haha. Kalau nak order boleh tengok corak-corak yang ada di link bawah ni:



Berminat untuk mendapatkan khidmat dekorasi atau rekabentuk dalaman daripada Ilusi Hafiezd Design?

Hubungi Ilusi Hafiezd Design melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Hiasan dalaman:

ilusihafiezd@gmail.com

Jangan lupa untuk melihat design portfolio kami:




Follow INSTAGRAM kami:


LIKES 

Facebook Ilusi HafiEzd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!

Comments

Popular Posts