Rekaan Dalaman Bertemakan Inggeris Moden & Biru


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Adakah anda berminat dengan konsep Inggeris Moden atau Modern English? Untuk pengetahuan semua, pada penghujung tahun lepas kami berjaya menyiapkan rekaan dua ruang di Kondominium Vista Mahogany, Kajang bertemakan Inggeris Moden & Biru. Hanya ruang tamu dan makan bertemakan Inggeris Moden manakala dapur basah hanya menerapkan elemen moden dan simple.

*Lukisan 3D Visual*

*Hasil realiti*

 *Lukisan 3D Visual*

*Hasil realiti*

 *Lukisan 3D Visual*

*Hasil realiti*

*Lukisan 3D Visual*

*Hasil realiti*

Warna tema biru laut dipilih sesuai dengan konsep blue sea kerana pelanggan kami mahu mempamerkan koleksi cengkerangnya di bahagian TV Cabinet dan Display Cabinet. Koleksi cengkerang tersebut adalah milik arwah bapa pelanggan kami yang juga seorang penyelam. Kami juga mereka coffee table khas untuk client menyimpan cengkerangnya selain rak kecil yang digantung di ruang makan. Menarik kan?






Demi menerapkan elemen Inggeris, kami memilih kertas dinding bercorak Damask yang digabungkan dengan wainscoting putih. Sofa yang asalnya berwarna coklat juga diubah menjadi warna putih dan kelabu bagi menjadikan ruang nampak cozy dan segar. 



Untuk ruang makan, kami menukar meja makan kayu asal kepada meja yang diperbuat daripada marmar atau marble manakala kerusi dibalut dengan kemasan fabrik. Meja marmar tersebut agak berat jadi saiz yang dipilih perlu sesuai dengan ruang yang sempit tersebut supaya tidak perlu dialihkan ke tempat lain.


Kami membantu juga pelanggan membeli meja sisi atau side table dan dua kerusi kecil. Dekorasi dua ruang tersebut ditambah dengan bingkai cermin besar, designer carpet, indoor plant dan bantal-bantal kecil. Semua barangan tersebut dipilih sesuai dengan stail Inggeris dan warna tema biru dan kelabu. Hasilnya ruang nampak ceria namun eksklusif!



Jika anda berminat dengan konsep Inggeris Moden ini:


Hubungi Ilusi Hafiezd Design melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Hiasan dalaman:

ilusihafiezd@gmail.com

Jangan lupa untuk melihat design portfolio kami:


Follow INSTAGRAM kami:


LIKES 

Facebook Ilusi HafiEzd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!





Comments

Popular Posts