Inspirasi Warna untuk Rumah Kediaman (Bahagian 1)




Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sudah agak lama Ilusi Hafiezd Design tidak mengisi ruangan blog ini. Pada kali ini, kami akan kongsikan tentang Inspirasi Warna untuk Rumah Kediaman.



Warna yang memberikan inspirasi ialah warna yang mampu memberikan keceriaan kepada hidup kita. Setiap orang memberikan reaksi yang berbeza terhadap warna yang berlainan. Oleh sebab itu, pilihlah warna yang bersesuaian dengan ruang dalaman dan tona untuk hiasan dan dekorasi rumah anda.

MERAH

Kebaikan
  • Dapat memberikan impak yang positif dan meningkatkan pertambahan energi dalam diri. 
  • Juga membantu menambahkan keberanian, keyakinan dan percaya kepada diri sendiri. 
  • Dapat menarik perhatian orang dengan cepat 
  • Selain itu, boleh juga meningkatkan rasa cinta antara pasangan di samping membuatkan masing-masing mempunyai daya penarik yang amat kuat antara satu sama lain.

Ruang Pilihan



Ruang Keluarga: Mampu memberikan kehangatan, dapat hilangkan rasa letih dan membantu mengembalikan energi yang hilang selepas seharian beraktiviti dan bekerja.



Lorong atau Dinding: Mampu menaikkan seri serta berfungsi untuk menampakkan ruang yang besar nampak agak kecil dan sederhana.


Tips 

  • Tak sesuai diterapkan di Bahagian Dapur kerana akan menimbulkan energi yang terlalu agresif di ruang tersebut. 
  • Kombinasi dengan warna hijau dan biru mampu mengimbangkan warna merah yang yang diterapkan lalu menampilkan keserasian yang luar biasa.



HIJAU

Kebaikan 
  • Beri pengaruh kuat terhadap hati dan perjalanan darah.
  • Dapat menyingkap perasaan kita terhadap diri kita sendiri di samping menampakkan keserasian kita dengan alam yang melambangkan kedamaian dan kesegaran.



  • Hijau ialah warna semulajadi dan boleh menjadi latar belakang untuk semua ruang dekorasi.

Ruang Pilihan 

Ruang Keluarga: Menggambarkan erti kasih sayang, kemesraan dan kebahagiaanantara ahli keluarga. 



Kamar Mandi: Menimbulkan perasaan nyaman dan cintakan alam. Selain itu, warna tersebut juga dapat membantu mengembalikan tenaga yang hilang selain menghilangkan tekanan.


Tips


  • Jika terlalu banyak diterapkan akan menimbulkan perasaan cemburu



  • Warna kuning merupakan kombinasi terbaik dengan warna hijau. Bila diadukkan bersama, ruang tersebut jelas menjadi tarikan utama.
  • Kuning mengingatkan kepada matahari manakala hijau melambangkan alam semulajadi. Kombinasi dua warna ini menghasilkan kecantikan semulajadi untuk rumah.
  • Elakkan guna terlalu banyak dalam rumah. Jadikan warna ringkas dan tidak terlalu terang supaya tidak terlalu menyakitkan mata yang memandang.

BIRU


Kebaikan

  • Warna biru seringkali dikaitkan dengan aspek spiritual jadi warna ini dapat mencipta kesan yang menenangkan terutama selepas melakukan aktiviti yang memenatkan.
  • Biru juga menolong rasa rileks lantas menjadikan diri seolah-olah sedang merehatkan minda sambil merenung langit biru dan lautan yang luas.
Ruang Pilihan 


Kamar Beradu: Dapat meningkatkan ekspressi, keyakinan, kesetiaan, tanggungjawab dan kebebasan berkomunikasi. Mampu meredakan perasaan marah terhadap teman atau pasangan. Juga membantu mengatasi penyakit'insomia' (susah tidur). 


Kamar Mandi: Meredakan tekanan yang luar biasa, melegakan demam dan membuatkan kita mampu bernafas lega.



Tips 


  • Terlalu banyak biru akan membuatkan diri menjadi malas lantas menurunkan motivasi diri yang ada. 
  • Warna biru firus atau 'turqoise' sesuai diaplikasikan bagi tujuan terapi

  • Kombinasi biru, kuning dan merah di Bilik Permainan Kanak-kanak dapat membangkitkan semangat belajar dan menjadikan aktiviti tambah menarik!


KUNING


Kebaikan


  • Warna yang ceria, menyeronokkan dan memberikan kegembiraan. 
  • Dapat membantu menghilangkan letih dan sedih 
  • Mudah diadaptasi dan fleksibel kerana sifat warnanya yang positif dan neutral. 
  • Membantu meningkatkan energi dan aktiviti mental serta meringankan fikiran.
Ruang Pilihan 

Ruang Kerja: Dapat memberikan idea dan mengaktifkan otak kiri untuk berfikir. 


Ruang Berhias / Make-up: Energi warna kuning agak unik kerana dapat membantu membersihkan pori-pori kulit wajah. 


Kamar Mandi: Bantu mengurangkan sembelit dan gangguan pencernaan.



Tips 


  • Warna Kuning Lemon boleh membuatkan ruang dalam rumah menjadi terang sama ada ruang tamu yang sudah diterangi matahari atau pun ruang yang tidak mempunyai tingkap. Jadi terapkan sedikit warna kuning di salah satu dinding dalam sesebuah ruang yang kurang cahaya supaya membantu memberi sinar kepada rumah anda.
  • Seperti matahari, terlalu banyak warna kuning juga menyebabkan kesakitan kepada mata. Ada kajian psikologi mengatakan bahawa, dinding yang dicat dengan warna kuning yang terlampau terang boleh menyebabkan minda mudah keliru dan kita akan jadi cepat marah! Selain itu juga, warna kuning yang terlalu terang boleh mengundang rasa loya.
  • Kombinasi kuning dengan warna-warna seperti krim, coklat gelap dan perang boleh menghasilkan suasana yang tenang dan damai. Demi menghasilkan kombinasi yang lebih padat dan menarik, cuba terapkan perabot ringan yang diperbuat daripada kayu ke dalam ruang tersebut.
  • Warna kuning juga ialah kombinasi terbaik untuk warna emas. Lokasi terbaik ialah ruang yang kerap dijadikan tempat untuk bersosial seperti ruang makan, ruang tamu dan dapur. Tapi kombinasi warna ini juga sesuai diterapkan ke atas aksesori seperti sarung bantal, kerusi kecil dan langsir.

  • Kombinasi kuning dan putih boleh menaikkan seri terutama di bahagian dapur.



Jika anda memerlukan khidmat nasihat percuma tentang kombinasi warna, anda boleh menghubungi Ilusi Hafiezd Design melalui email: ilusihafiezd@gmail.com. Kami akan membantu anda memilih warna-warna yang terbaik untuk rumah kediaman atau pejabat anda!







Comments

Popular Posts