TIPS REKAAN BILIK KANAK-KANAK


Menghias bilik tidur kanak-kanak adalah tugas yang agak mencabar kerana rekaannya yang akan berubah bila mereka meningkat usia. Namun dengan adanya bilik tidur sendiri, anak-anak dapat belajar berdikari, punya privasi mereka sendiri dan dapat tidur yang lebih baik dengan persekitaran yang bersih dan ceria.

Ilusi HafiEzd Design berbesar hati untuk berkongsi sedikit tips penting untuk mereka dan menghias bilik kanak-kanak.


1. PILIH PERABOT YANG PRAKTIKAL & FLEKSIBEL

Pilihlah perabot seperti katil, almari baju dan meja belajar yang sesuai dengan umur anak-anak. Elakkan membeli katil yang terlalu tinggi. Perabot yang dipilih juga boleh mudah alih sesuai dengan keperluan anak-anak anda.


2. ELAKKAN PERABOT YANG BERBUCU TAJAM

Elakkan perabot yang berbucu tajam demi keselamatan anak-anak. Seeloknya, pilih bucu bulat.


3. BANYAKKAN TEMPAT PENYIMPANAN BARANG

Banyakkan tempat menyimpan barang-barang supaya barang-barang mereka lebih teratur dan kemas. Pilih kabinet atau ruang penstoran yang tertutup supaya ruang tidak semak. Didik anak-anak meletakkan barang-barang mereka di tempat asal selepas menggunakannya.


4. JANGAN LETAK KERUSI ATAU SEBARANG PERABOT BERHAMPIRAN JENDELA

Jangan letak kerusi atau sebarang perabot berhampiran jendela bagi mengelakkan mereka memasukkan kepala di celah jeriji tingkap. Selain itu dapat mengelakkan anak-anak daripada memanjat keluar dari tingkap bilik.


5. ELAKKAN MEMASANG LANGSIR YANG PANJANG ATAU BOLEH GUNAKAN BIDAI DI TINGKAP

Elakkan memasang langsir yang panjang, takut anak tertarik atau terjatuh akibat terpijak langsir. Mungkin lebih elok gunakan *roller blind* atau *bidai* yang panjangnya hanya paras tingkap.


6. JANGAN LETAKKAN PERHIASAN KACA ATAU YANG MUDAH PECAH DALAM BILIK ANAK-ANAK

Demi keselamatan, elakkan perhiasan kaca atau yang mudah pecah dalam bilik anak-anak. Pilih perhiasan yang minimal supaya bilik selamat untuk diduduki.


7. SIMPAN PERMAINAN KEGEMARAN DI TEMPAT YANG RENDAH UNTUK DICAPAI

Barang permainan elok disusun di tempat yang rendah supaya memudahkan mereka mengambilnya tetapi barang berbahaya seperti gunting dan losyen hendaklah disimpan di tempat tinggi.


8. ASINGKAN PATUNG BESAR DARIPADA ANAK KETIKA TIDUR

Letak patung besar berasingan daripada anak terutama waktu tidur kerana bimbang anak boleh lemas apabila terhimpit patung tersebut.


9. ELAKKAN MELETAKKAN GAMBAR YANG MENAKUTKAN DI BILIK ANAK-ANAK

Elakkan meletakkan gambar yang menakutkan di bilik anak-anak. Nanti anak boleh mimpi buruk atau sukar tidur malam.



10. PILIH WARNA TEMA KEGEMARAN DAN SESUAI DENGAN PERSONALITI ANAK

Kombinasi warna-warna yang menarik boleh menaikkan seri dalam bilik kanak-kanak. Serlahkan personaliti anak-anak dengan menggabungkan warna tema yang sesuai. Contohnya anak lelaki selalunya dikaitkan dengan warna biru manakala anak perempuan merah jambu. Pilih warna-warna yang lembut untuk menjadikan bilik nampak luas dan tenang. Untuk bilik yang ceria, pilih warna-warna yang terang.


Mungkin sesetengah ibu bapa takkan buat bilik tidur khas untuk anak-anak mereka. Tapi kalau usia mereka sudah melepasi umur 5 tahun, mereka patut diajar berdikari untuk tidak tidur sebilik dengan ibu bapa mereka lagi. Dalam Islam sendiri ada menyuruh anak lelaki dan perempuan dipisahkan daripada tidur bersama.

Nabi s.a.w. bersabda:

Perintahkanlah anak-anak kamu supaya menunaikan solat apabila usia mereka tujuh tahun. Apabila usianya 10 tahun pukullah mereka seandainya mereka ingkar, dan pisahkanlah tempat tidur mereka (antara anak lelaki dan perempuan). (Riwayat Abu Daud).


Berminat untuk makeover atau menghias bilik anak-anak anda?

Hubungi kami melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Hiasan dalaman:
ilusihafiezd@gmail.com

Jangan lupa untuk melihat design portfolio kami:

Follow INSTAGRAM kami:

LIKES 
Ilusi HafiEzd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!

Comments

Popular Posts