Rekaan Dapur Inggeris Moden / Modern English Kitchen Design


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca blog. 

Sepanjang penglibatan hampir 8 tahun dalam bidang Rekaan Dalaman atau Interior Design, kami telah menghasilkan beberapa Rekaan Dapur Inggeris Moden atau English Modern Kitchen Design untuk pelanggan kami.




Kebanyakan pelanggan yang menggemari rekaan dapur Inggeris moden ini sukakan stail sebegini kerana rekaannya yang eksklusif dan klasik. Material yang digunakan ialah kayu yang dicat dengan warna khas supaya kabinet kayu tidak reput dan tahan lama. 



Pelbagai warna boleh diaplikasikan untuk dapur moden Inggeris namun warna putih adalah pilihan yang paling digemari kebanyakan orang. Warna ira kayu juga menarik untuk menampakkan ciri-ciri rustic dalam ruang dapur.





Walau bagaimanapun kos untuk membuat dapur sebegini adalah agak tinggi. Hal ini demikian kerana material pintu dapur dibuat dengan material *spray paint* dan kaunter seeloknya menggunakan batu Quartz.







Jika anda berminat dengan rekaan dapur sebegini, anda boleh hubungi kami di ilusihafiezd@gmail.com.

Terima kasih







Comments

Popular Posts