Bunga Kertas



Setelah lama tidak berkongsi sesuatu di dalam blog ini, kali ini saya akan kongsikan idea menarik khas buat bakal-bakal pengantin di luar sana. Apa yang saya akan kongsikan ini amat berguna untuk bakal pengantin terutama kepada mereka yang ingin menjimatkan kos untuk majlis pertunangan atau perkahwinan. 

Barangan hantaran adalah salah satu benda wajib yang akan disediakan untuk majlis pertunangan dan perkahwinan. Barangan hantaran ini selalunya dihias dengan pelbagai cara dan tema sesuai dengan kehendak pengantin tersebut. Walau bagaimanapun, anda boleh menjimatkan kos barang-barang hantaran ini dengan menyediakan sendiri hantaran-hantaran tersebut. Salah satu caranya adalah dengan menyediakan bunga atau hiasan di hantaran dengan cara yang jimat dan mudah iaitu dengan menggunakan BUNGA KERTAS!





Kebaikan menggunakan bunga-bunga kertas ini ialah anda dapat menampilkan sisi kreatif dalam diri anda di barangan hantaran untuk majlis sendiri. Semestinya anda akan lebih berpuas hati jika hantaran yang dibuat nampak cantik hasil daripada tangan anda sendiri berbanding apa yang dilakukan oleh orang lain.






Bunga-bunga di hantaran boleh disediakan dengan pelbagai corak atau design yang unik sesuai dengan tema yang anda inginkan. Anda juga boleh membuat bunga yang sama untuk hantaran pihak lelaki supaya hantaran kedua-duanya nampak sepadan dan seimbang namun masih dibezakan dengan cara susunan dan warna tema mengikut kehendak masing-masing.





Selain itu, anda juga boleh menambah sesuka hati anda bunga-bunga di barangan hantaran anda. Anda tak perlu risau jika hiasan di hantaran tidak cukup kerana anda boleh menambahnya pada bila-bila masa berbanding bunga yang dibeli di kedai terutama pada saat-saat akhir sebelum majlis berlangsung.




Kelebihan menggunakan bunga kertas hasil tangan sendiri ini juga betul-betul menjimatkan kos barangan hantaran kerana kos materialnya yang murah berbanding bunga-bunga yang anda beli di kedai. Anda boleh menggunakan pelbagai jenis kertas contohnya seperti kertas crepe, kertas tisu atau kertas bunga dan juga apa-apa kertas yang boleh dikitar semula.





Akhir sekali saya akan tunjukkan hasil tangan saya dan suami dalam menyediakan hantaran semasa majlis pertunangan dan pernikahan kami pada tahun lepas. Rekaan bunga-bunga kertas yang saya buat bukan hanya untuk barang hantaran malah untuk dekorasi pelamin dan bunga tangan saya. Selamat mencuba!




Comments

  1. hg punya blog ka ni ezd...ingatkan sapa...menarik...tahniah, teruskan berkarya dgn kreatif ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..ni blog lagi satu untuk jenama *Ilusi-Hafiezd*..terima kasih membaca...:)

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. nak tanye, yang bunga biru tu apa namenya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts