Buai Laju-laju (Rekabentuk Buaian Unik)


Semasa kita kecil, mesti kita semua gemar bermain buaian kan? Selalunya dulu kita bermain buaian di taman permainan di sekitar rumah kita. Kita akan main buaian tu setinggi-tinggi atau selaju-laju yang boleh dengan bantuan kawan-kawan atau adik-beradik kita yang *bersabar* je menolak buaian kita ke atas. 

*Buaian jenis rekaan lama tapi diolah menjadi rekabentuk moden. Hanya tambah fabrik berwarna-warni. Cantikkan?*

Rasanya tak boleh kira berapa kali saya jatuh dari buaian. Ditambah berapa banyak kali buaian di taman permainan tu *putus*. (Harap-harap bukan berpunca dari saya. Huhu.) Tapi bila usia dah bertambah ni, nak naik buaian di taman permainan, kalau ada *pak guard* yang jaga taman tu, mesti kena halau. T_T (Pernah kena sekali kat Taman KLCC). Jadi saya bercita-cita, bila dah ada rumah sendiri nanti, insya-Allah, saya akan beli buaian atau bina buaian saya sendiri! (Berangan dulu ya..)

Sebelum nak beli, mari lihat ciri-ciri rekabentuk buaian yang terkini!

*Buaian diperbuat dari material seperti rotan atau buluh memang tahan lama!*

*Boleh gantikan kerusi santai dengan buaian di ruang tamu rumah.*

*Buaian buatan sendiri menggunakan kayu juga nampak klasik!*

*Buaian dengan fabrik kusyen*

*Katil pun boleh tergantung seperti buaian! Mesti tidur kena statik, takut terbuai-buai dalam mimpi!*

*Buaian untuk melepak bersama keluarga atau kawan-kawan*

*Umpama buaian atau singgahsana untuk puteri raja*

*Buaian 'gergasi' untuk ruang luar rumah*

*Juga buaian untuk luar rumah*

*Buaian santai di ruang koridor rumah. Boleh tambahkan bantal kusyen untuk jadikannya tambah menarik!*

Nak tengok gambar lebih banyak? Sila klik sini atau lawati Facebook Ilusi-HafiEzd. ^__^

Comments

Popular Posts