Reka Bentuk Hiasan Dalaman Surau Dalam Rumah
Assalamualaikum & Hi.
Hujung-hujung tahun ni baru ada masa sikit untuk post sesuatu dalam blog. Tahun ni walaupun kita terpaksa bercuti panjang akibat Covid-19, tapi kami bersyukur kerana masih dikurniakan rezeki buat ID untuk rumah client kami.
Alhamdulillah. Akhirnya siap reka bentuk hiasan dalaman surau untuk rumah client di 1080 Residence, Kajang. Projek ini bermula pada bulan Mac 2021 tapi hanya berjaya disiapkan pada November 2021 akibat PKP yang terlalu lama.
Interior Design surau ni kami buat simple saja tapi praktikal. Macam selalu kami lebih mengutamakan keselesaan dalam ruang berbanding ruang hanya nampak cantik tapi tak dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Selalu ramai orang suka letak 'feature wall' macam kubah atau wallpaper untuk tunjukkan karektor ruang itu sebagai 'surau'. Tapi adakah praktikal feature wall tersebut?
Apa yang istimewanya surau ni ialah kabinet sejadah, telekung dan kitab yang kami reka khas untuk client. Ada banyak ruang untuk simpan barang supaya ruang nampak kemas untuk solat berjemaah. The cabinet door are design in Islamic Geometric Pattern to highlight the purpose of the room. Sejadah & telekung boleh disidai dalam ruang tertutup dan ada pengudaraan di celah-celah pintu C&C tu.
Warna dinding biru kami gabungkan dengan langsir warna kelabu. Ruang nampak lebih 'sejuk' dan tenang bila kita terapkan warna latar biru dinding. Barulah dapat solat kusyuk kan, insya-Allah.
Kami tak buat kabinet sampai aras siling sebab bilik ni takde plaster ceiling. Ceiling jadi sangat tinggi dekat 4 meter & bilik ni terletak di tingkat bawah.
Syukur akhirnya dapat juga buat surau dengan design yang praktikal & not too typical. Sesiapa yang berminat nak ada rekaan surau yang praktikal boleh contact Ilusi HafiEzd Design through email / pm Facebook kami ya.
Comments
Post a Comment