Warna Emas dalam Rekabentuk Dalaman / Gold Interior Design


Warna emas adalah warna yang terkini yang banyak digunakan dalam rekabentuk ruang dalaman dan bangunan.

Trend warna emas menjadikan ruang nampak bergaya, glamour, mewah dan klasik. Namun warna ini tak semestinya perlu diaplikasikan terlalu banyak dalam sesebuah ruang. Sebaliknya warna emas boleh digabungkan dengan warna latar bertona cerah, terang atau gelap yang mampu memberikan impak berbeza kepada setiap ruang.

*Gabungan emas dengan warna cerah seperti warna putih dan merah jambu*

*Gabungan emas dengan warna gelap seperti warna hitam dan warna cerah putih*

Mahu ruang nampak mewah? Semestinya warna emas atau gold di balik kilauan lampu chandeliers atau lampu pendant adalah jawapannya. Lampu chandelier yang tergantung di tengah-tengah ruang menjadikan ruang nampak ekslusif namun pilihlah saiz chandelier mengikut saiz ruang supaya ruang tidak nampak sempit.



*Warna emas di bahagian lampu chandelier atau lampu pendant*

Stail terkini rekabentuk dalaman ialah menggunakan perabot dengan elemen warna emas atau gold. Tidak semestinya perabot tersebut keseluruhannya berwarna emas, tapi boleh jadi hanya bahagian kaki meja atau fabrik kusyen perabot berwarna emas.




*Elemen emas di bahagian perabot* 

Aksesori emas yang berkilau boleh menjadi penyeri kepada ruang dalaman. Aksesori seperti pasu, candle holder, lukisan, bingkai gambar atau cermin dengan elemen emas menjadikan ruang nampak elegan.




*Elemen emas di aksesori dekor* 

Satu lagi trend terkini warna emas kini tertumpu di bahagian dapur. Di luar negara contohnya banyak dapur yang menerapkan warna emas di bahagian paip, sink atau pemegang pintu kabinet. Dapur dengan elemen emas yang sedikit sebenarnya sudah cukup untuk memberikan pemandangan mewah dan berbeza ke dalam ruang tersebut.




*Dapur mewah dengan warna emas yang diaplikasikan di pintu kabinet, paip atau sinki dapur* 

Elemen warna emas sangat sesuai dikombinasikan dengan warna putih atau krim untuk efek gah dan mewah. Untuk menjadikan ruang eksklusif dan elegan, gabungkan dengan warna latar biru gelap atau hijau gelap. Perhiasan warna emas juga sesuai diletakkan dalam ruang feminin yang berlatarkan warna merah jambu atau pink.



*Warna emas yang digabungkan dengan warna lain dalam ruang dalaman* 

Apa-apapun, elakkan meletakkan terlalu banyak elemen warna emas dalam satu ruang supaya ruang tidak nampak terlalu serabut. Hanya letakkan aksesori atau rak kecil dengan bingkai emas untuk ruang yang sempit. Pilih aksesori emas yang sesuai dengan ruang sebelum menghias ruang dalaman anda.

Berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Hiasan dalaman daripada kami?

Hubungi kami melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Hiasan dalaman di ilusihafiezd@gmail.com.

LIKES Facebook Ilusi HafiEzd Design untuk lebih Tips Hiasan Dalaman!




Comments

Popular Posts